Pada 24 Januari 2017 PPP Kem Mahkota Kluang, Johor telah menerima lawatan kerja dari Kolej Kemahiran Belia Nasional, (KKBN). Pontian Johor. Aturcara dimulakan dengan lawatan ke Bengkel membaiki mesin rumput dan seterusnya taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh PPP Ibarahim bin Jaafar Komandan PPP Kem Mahkota. Tujuan lawatan ini adakan adalah untuk berbincang bagi melaksanakan program latihan kemahiran jangka pendek bersijil kepada Orang Diselia. Antara tetamu yang hadir ialah Tn Hj. Aziz bin A. Rahman Pengarah KKBN Pontian, Johor bersama 9 tenaga pengajar KKBN Pontian dan Mejor Al Bakri bin Habib Ketua Pembantu Wadar PPP Kem Mahkota.
""